Alhamdulillah. Calon PMR 2011 dah dapat keputusan masing-masing pada 22 Disember 2011. Tahniah kepada yang berjaya, itulah berkat hasil usaha kita selama 3 tahun. Kepada yang kurang berpuas hati tu, jangan berputus asa, mungkin ada hikmah disebaliknya. Rezeki masing-masing ;)
Aku nak cerita pasal 22 Disember. Aku bertolak dari rumah pukul 9.45 pagi, mak dengan ayah pun ikut sekali. Dalam kereta, tepat pukul 10, aku nak check result guna MySMS, tapi talian sibuk. Weng! Sampai sekolah lebih kurang 10.15. Time nak jalan pergi kantin, tiba-tiba aku dengar ada orang panggil aku. Rupanya Aliya. Aku tunggu dia, lepastu jalan-jalan sama-sama. Aku menggunakan peluang tu dengan menunjuk braces aku xD Time nak jalan pergi dewan, aku cakap dengan Aliya,
"kita duduk belakang sekali je lah, bukan kita naik pentas pun"
Lepastu masuk dewan je, dewan dah dekat nak penuh. Kitaorang pergi ambil kerusi, lepastu cari port paling belakaaaang sekali (Y) Lepastu, pukul 11 lebih, majlis start. Macam biasalah, first sekali bebelan daripada Pengetua tersayang. Pengetua kata tahun ni pelajar dapat straight A 30/208. Semua orang tepuk tangan, aku pula tepuk tangan macam nak tak nak je.

Lepastu pengumuman budak yang dapat 8A, aku hanya mampu tepuk tangan dan senyum je sebab aku tahu aku tak layak nak naik pentas, bersalaman dengan pengetua, dan tangkap gambar sekali atas pentas. Seperti biasa, nama dipanggil mengikut turutan huruf. Bila dah sampai nama R, Puan Zunaini (kaunselor sekolah) macam pause kejap. Tiba-tiba
"Seri Nanisa Sima"
Memang serious, tak ada budak yang tepuk tangan pada mulanya, sebab diorang semua terkejut macam mana aku boleh dapat straight A. Aku? Aku terkejut nak mampus. Seriously, memang sumpah aku tak jangka, memang tak tercapai dek akal aku. Target aku selama ni pun 4A je. Result trial aku pun macam harem je. 2 hari sebelum hari result PMR aku tweet ni.
Okay sambung. Aku bangun je, mak bapak, adik abang, pakwe makwe, amoi lengchai, apek nyonya, aci thambi semua pandang aku. Lepastu aku tanya Aliya.
"Aliya, aku ke?"
Aliya pun angguk. Lepastu aku jalan pergi pentas, baru dengar tepukan satu dewan. Puan Zunaini cakap tahniah kat aku. Lepas dah turun pentas, habis segala susah senang aku sebagai pelajar Tingkatan 3 terlintas kat fikiran aku. Aku jalan pastu mata aku melilau cari mak yang tengah duduk kat tempat ibu bapa, lepastu aku senyum. Lepastu mak telefon seseorang, ayah kot. Ayah tak ada, ayah tunggu dalam kereta. Bila dah duduk, aku menangis.
Lepastu pelajar yang dapat 7A/8A tangkap gambar ramai-ramai.

Lepas majlis semua dah tamat, mak datang dekat aku, peluk aku. Macam biasalah, time nak keluar dewan, aku lalu je, sorang-sorang ucap tahniah kat aku. Aku sampai kena jalan jauh sebab aku malu --' Lepastu aku pergi ambil borang untuk masuk kelas apa tahun depan kat kaunter kelas masing-masing. Puan Tamil tanya aku
"Seriiii, tahniah ya! Mana mak?"
"Terima kasih cikgu, mak tunggu kat luar"
Sambung balik. Kelas pilihan pertama aku 4 Usaha. Pilihan kedua aku 4 Jaya. Semua orang macam tak puas hati dengan aku, straight A, tapi kenapa tak nak masuk 4 Maju. Aku mampu terdiam je. Aku cakap kat mak yang aku pilih 4 Usaha & 4 Jaya. Mak aku pun terima. Sebab mak aku faham kenapa aku tak nak masuk 4 Maju. Tekanan kott!

Dah habis semua tu aku balik. Time dah masuk dalam kereta, aku tunjuk keputusan aku kat ayah. Ayah & mak ucap Alhamdulillah. Ayah kata,
"time mak telefon ayah cakap yang Nisa dapat 8A, ayah tiba-tiba tersentak, tak boleh cakap apa, blank."
Aku gelak je lah. Lepastu mak telefon kakak aku, tapi kakak aku tak jawab.
"Ayah nak bawa pergi makan, nak makan kat kedai mana?"
"Kedai kat Sentul Raya"
"Okey! Boleeeeehh"
Lepastu, ayah dah kelam kabut dah tanya nak masuk sekolah apa. Aku rasa habis segala sekolah terpacul kat mulut ayah. Teknik KL, Seri Puteri, Tengku Kursiah, MRSM & etc.
"Tak nak MRSM"
"Kenapa?"
"Nanti dorang hantar pergi tengah-tengah hutan negeri Kelantan, Terengganu kang. Nak check braces lagi"
Selang beberapa minit, kakak aku telefon mak aku balik.
"Seri! Tahu tak Nisa dapat berapa? Lapan A!"
"Haha, dia tak pengsan pula?"
Nak tahu kenapa kakak aku tanya macam tu? Sebab sebelum ambil PMR dan sebelum ambil result, aku selalu cakap dengan mak,
"kalau Nisa dapat 8A, Nisa nak pengsan terus atas pentas"
Nasib baik aku tak pengsan betul-betul atas pentas --'
Time dah masuk dalam restoran tu, telefon aku tiba-tiba berbunyi.
Aku tengok, rupanya Thambi sayang.
Aku tak sempat nak jawab, aku telefon dia balik. Lepastu dia jawab.
"Thambi! Kau dapat berapa?"
"Kau dapat berapa?"
"Aku tanya kau dulu enn?"
"Aku yang telefon kau enn"
"Kau dulu ahh"
"8A"
"Serious?!"
"Ye laah, kau?!"
"Tahniahhh! 7A2B"
"Okay lah tu, tahniah!"
Dah habis makan semua masuk kereta, tiba-tiba Thambi telefon lagi.
"Thambi! Mak aku nak cakap dengan kau."
"Ehh! Apa ni! Malu lah"
"Assalamualaikum. Bla.. bla.. bla.. Tahniah Seri! 8A ye. Bla.. Bla.. Bla.. Kirim salam kat mak"
*tu je isi penting yang aku ingat Thambi T_T
"Terima kasih.. Baiik.. Insya-Allah"
Dah sampai rumah, aku mandi, main internet kejap, busy body orang ni dapat berapa, orang ni dapat berapa, lepastu tidur bangun-bangun tengok Strong Heart.
Lepastu try check result guna MySMS lagi.
RM0.20 PMR: 961128-XX-XXXX WK025K038
8A. Keputusan penuh boleh diperolehi di
sekolah/JPN. Terima kasih.
***
Will be continue later.
Adios!

0 comments:
Post a Comment