Friday, March 30, 2012

Life is Complicated

53225_large

Hi again! Dah lama tak singgah blog ni since my last update on 14 January 2012. How's everyone? Ohh assalamualaikum :)

Well, sekarang ni macam-macam benda aku nak cerita.
17 April ni genap 3 bulan aku belajar kat SMT Kuala Lumpur. Aku ambil course Civil Engineering. 

"Nisa ambil course apa?"

"Civil engineering"

"Hok aloh! Apa barang civil engineering, main bancuh simen!"

Seriously, hina sangat ke civil engineering tu? O.o K lupakan.

Ramai juga orang tanya course civil susah tak? Aku jawab boleh lah tahan susah dia. Buktinya, CES aku failed! x)

Dah hampir 3 bulan aku kat Teknik KL, macam-macam halangan juga aku kena lalui. Aku malas nak cerita. Dekat sana, aku jumpa kawan-kawan lama aku time sekolah rendah. Baik lelaki mahupun perempuan. Kalau perempuan selalu juga aku tegur, sembang sama-sama kat kantin Tapi yang lelaki tu aku tak tegur dia pun lagi walaupun dulu aku selalu YM dengan dia. Bergaduh mengejek habis-habisan. Lupakan. Cerita lama.

Dan selama 3 bulan ni juga, aku ada jumpa kawan baru. Dia boleh tahan jugalah sekepala dengan aku. Nama dia Siti Najihah Razak. Aku panggil dia Gee je xP Takkan aku nak panggil dia Najihah, sumpah aku tak boleh bayangkan. Najihah! Dia budak third in-take. Jangan khuatir Amira & Aliya, aku tak lupakan kau. Aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu korang! 

Sumpah wehh, sejak bergelar pelajar tingkatan 4 SMTKL, aku hari-hari menangis. Gila stress pressure semua. Even aku duduk kelas 4 Awam 3, budak-budak kelas aku semua pandai. Hari tu ujian bulanan, aku tanya sorang-sorang ada yang dapat 7A, 8A. Aku je yang sesat. Ada 1A Dahlah 1A, ada 1E pula tu. Waterpark. Eh tapi aku ada banyak B *ayat sedapkan hati sendiri* :P

Kadang-kadang aku rasa macam dah give up nak study. Lagi-lagi kalau aku buat Physic, Chemist & Math sorang-sorang. Ye kau memang tak salah baca, aku rasa maths lagi susah dari add maths. Kott lahh. Chapter 1 & 2 ni dia main algebra je. Aku suka algebra! Maths aku sumpah tak faham apa cikgu ajar. Nak Puan Niiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Sekarang ni aku rasa macam nak balik sekolah lama. Roh & jasad aku tak serasi dengan Teknik KL. Ye, memang lah dulu aku memang teringin gila nak masuk Teknik KL, tapi bila dah masuk, makkkkkkkk! nak balik sekolah lama. Tapi mak dengan ayah tak kasi. Lagipun aku tak nak menyusahkan dorang *muka suci*

Cerita lain. Hari tu cikgu bola jaring ada offer aku dengan Gee masuk bola jaring. 

"Badan awak berdua ni sedap-sedap ni, masuk lah bola jaring, tak apa, sunblock nanti saya sponsor"

Sampai sekarang aku tak pergi latihan dia :P Aku kalau boleh nak masuk bola baling/ping pong. Tapi sekolah tu tak ada. Kesian betul =='

Satu benda paling heaven kat sekolah ni, time rehat boleh duduk dalam kelas. Dalam kelas mula lah aku keluar kan bekal aku. Aku selalu bawa meatball je. Kalau kat sekolah lama, aku bawa meatball orang pandang macam apa je. Kalau kat Teknik KL, kau bawak roti sardin pun dah boleh dianggap mewah dah.

Tapi ada satu benda je yang slack pasal sekolah ni. TANDAS! Ya Allah, tandas dia jauh beribu batu! Kelas aku dah lah nun jauuuuuuuuuh kat belakang. Dah serupa macam jungle-trekking time nak pergi tandas. Turun tangga, jalan, lepastu panjat bukit, elak lopak air ==' Kau bayangkanlah kalau time kalau sakit perut berak cirit, habis tercicir. Tak pasal-pasal makcik cleaner demand gaji lebih.

Satu benda lagi, sekolah ni guna sistem merit demerit. Serupa macam SSDM/e-Disiplin. Tapi ni main tolak-tolak point. Kena ada 1000 point baru boleh graduate. Point aku sekarang ni ada 80 kalau cikgu maths tak tolak poin lah. Kalau cikgu maths tolak point, point aku tinggal 30. Campur dengan kelas komputer aku pergi. Sekali pergi dapat 15 point kott. Kelas komputer ada setiap hari Selasa & Rabu. Hari tu lah aku kena balik pukul 6 petang. Bayangkanlah! Aku sekarang tengah buat power point, kalau cikgu puas hati, nanti dapat sijil + free free 70 point. Ahh memang! Sekarang ni aku tengah batak point. Aku nak graduate. Lepastu aku nak belah dari sekolah tu!

Continue later!

p/s: Dorang selalu tak puas hari sebab aku outsider. Eh, tahun depan aku masuk asrama lewwwwwww. Jadi senior! :D

Saturday, January 14, 2012

Surrpriseee! (Teaser)

Tahun lepas, aku selalu cakap dengan mak

"Mak! Nisa teringin nak masuk Teknik KL lah"

Hari Rabu bersamaan dengan 11 Januari 2012, ada satu panggilan misteri *jeng jeng jeng jeng* masuk dalam telefon ayah.

"Tahniah! Seri Nanisa Sima Binti Yusoff berjaya memasuki Teknik KL, sila lapor diri di sekolah pada 17 Januari 2012"

Saturday, December 24, 2011

PMR 2011 Part II

Alhamdulillah. Calon PMR 2011 dah dapat keputusan masing-masing pada 22 Disember 2011. Tahniah kepada yang berjaya, itulah berkat hasil usaha kita selama 3 tahun. Kepada yang kurang berpuas hati tu, jangan berputus asa, mungkin ada hikmah disebaliknya. Rezeki masing-masing ;)

Aku nak cerita pasal 22 Disember. Aku bertolak dari rumah pukul 9.45 pagi, mak dengan ayah pun ikut sekali. Dalam kereta, tepat pukul 10, aku nak check result guna MySMS, tapi talian sibuk. Weng! Sampai sekolah lebih kurang 10.15. Time nak jalan pergi kantin, tiba-tiba aku dengar ada orang panggil aku. Rupanya Aliya. Aku tunggu dia, lepastu jalan-jalan sama-sama. Aku menggunakan peluang tu dengan menunjuk braces aku xD Time nak jalan pergi dewan, aku cakap dengan Aliya, 


"kita duduk belakang sekali je lah, bukan kita naik pentas pun"


Lepastu masuk dewan je, dewan dah dekat nak penuh. Kitaorang pergi ambil kerusi, lepastu cari port paling belakaaaang sekali (Y) Lepastu, pukul 11 lebih, majlis start. Macam biasalah, first sekali  bebelan daripada Pengetua tersayang. Pengetua kata tahun ni pelajar dapat straight A 30/208. Semua orang tepuk tangan, aku pula tepuk tangan macam nak tak nak je.

 Lepastu pengumuman budak yang dapat 8A, aku hanya mampu tepuk tangan dan senyum je sebab aku tahu aku tak layak nak naik pentas, bersalaman dengan pengetua, dan tangkap gambar sekali atas pentas. Seperti biasa, nama dipanggil mengikut turutan huruf. Bila dah sampai nama R, Puan Zunaini (kaunselor sekolah) macam pause kejap. Tiba-tiba 

"Seri Nanisa Sima"

Memang serious, tak ada budak yang tepuk tangan pada mulanya, sebab diorang semua terkejut macam mana aku boleh dapat straight A. Aku? Aku terkejut nak mampus. Seriously, memang sumpah aku tak jangka, memang tak tercapai dek akal aku. Target aku selama ni pun 4A je. Result trial aku pun macam harem je. 2 hari sebelum hari result PMR aku tweet ni.



Okay sambung. Aku bangun je, mak bapak, adik abang, pakwe makwe, amoi lengchai, apek nyonya, aci thambi semua pandang aku. Lepastu aku tanya Aliya.


 "Aliya, aku ke?"


Aliya pun angguk. Lepastu aku jalan pergi pentas, baru dengar tepukan satu dewan. Puan Zunaini cakap tahniah kat aku. Lepas dah turun pentas, habis segala susah senang aku sebagai pelajar Tingkatan 3 terlintas kat fikiran aku. Aku jalan pastu mata aku melilau cari mak yang tengah duduk kat tempat ibu bapa, lepastu aku senyum. Lepastu mak telefon seseorang, ayah kot. Ayah tak ada, ayah tunggu dalam kereta. Bila dah duduk, aku menangis.


Lepastu pelajar yang dapat 7A/8A tangkap gambar ramai-ramai.

Lepas majlis semua dah tamat, mak datang dekat aku, peluk aku. Macam biasalah, time nak keluar dewan, aku lalu je, sorang-sorang ucap tahniah kat aku. Aku sampai kena jalan jauh sebab aku malu --' Lepastu aku pergi ambil borang untuk masuk kelas apa tahun depan kat kaunter kelas masing-masing. Puan Tamil tanya aku


"Seriiii, tahniah ya! Mana mak?"
"Terima kasih cikgu, mak tunggu kat luar"


Sambung balik. Kelas pilihan pertama aku 4 Usaha. Pilihan kedua aku 4 Jaya. Semua orang macam tak puas hati dengan aku, straight A, tapi kenapa tak nak masuk 4 Maju. Aku mampu terdiam je. Aku cakap kat mak yang aku pilih 4 Usaha & 4 Jaya. Mak aku pun terima. Sebab mak aku faham kenapa aku tak nak masuk 4 Maju. Tekanan kott! 

Dah habis semua tu aku balik. Time dah masuk dalam kereta, aku tunjuk keputusan aku kat ayah. Ayah & mak ucap Alhamdulillah. Ayah kata, 

"time mak telefon ayah cakap yang Nisa dapat 8A, ayah tiba-tiba tersentak, tak boleh cakap apa, blank." 

Aku gelak je lah. Lepastu mak telefon kakak aku, tapi kakak aku tak jawab. 

"Ayah nak bawa pergi makan, nak makan kat kedai mana?" 
"Kedai kat Sentul Raya"
 "Okey! Boleeeeehh"

Lepastu, ayah dah kelam kabut dah tanya nak masuk sekolah apa. Aku rasa habis segala sekolah terpacul kat mulut ayah. Teknik KL, Seri Puteri, Tengku Kursiah, MRSM & etc.

"Tak nak MRSM"
"Kenapa?"
"Nanti dorang hantar pergi tengah-tengah hutan negeri Kelantan, Terengganu kang. Nak check braces lagi"

Selang beberapa minit, kakak aku telefon mak aku balik. 

"Seri! Tahu tak Nisa dapat berapa? Lapan A!"
"Haha, dia tak pengsan pula?"

Nak tahu kenapa kakak aku tanya macam tu? Sebab sebelum ambil PMR dan sebelum ambil result, aku selalu cakap dengan mak,

"kalau Nisa dapat 8A, Nisa nak pengsan terus atas pentas"

Nasib baik aku tak pengsan betul-betul atas pentas --'

Time dah masuk dalam restoran tu, telefon aku tiba-tiba berbunyi.
Aku tengok, rupanya Thambi sayang.
Aku tak sempat nak jawab, aku telefon dia balik. Lepastu dia jawab.

"Thambi! Kau dapat berapa?"
"Kau dapat berapa?"
"Aku tanya kau dulu enn?"
"Aku yang telefon kau enn"
"Kau dulu ahh"
"8A"
"Serious?!"
"Ye laah, kau?!"
"Tahniahhh! 7A2B"
"Okay lah tu, tahniah!"

Dah habis makan semua masuk kereta, tiba-tiba Thambi telefon lagi. 

"Thambi! Mak aku nak cakap dengan kau."
"Ehh! Apa ni! Malu lah"
"Assalamualaikum. Bla.. bla.. bla.. Tahniah Seri! 8A ye. Bla.. Bla.. Bla.. Kirim salam kat mak"
*tu je isi penting yang aku ingat Thambi T_T
"Terima kasih.. Baiik.. Insya-Allah"

Dah sampai rumah, aku mandi, main internet kejap, busy body orang ni dapat berapa, orang ni dapat berapa, lepastu tidur bangun-bangun tengok Strong Heart.

Lepastu try check result guna MySMS lagi.

RM0.20 PMR: 961128-XX-XXXX WK025K038
 8A. Keputusan penuh boleh diperolehi di
 sekolah/JPN. Terima kasih.

*** 
Will be continue later. 
Adios!

Thursday, December 22, 2011

PMR 2011




Monday, November 21, 2011

Sekarang ni aku mengisi masa lapang aku time cuti sekolah ni dengan ber-twitter, mengaji, dengar lagu 2PM, belajar bahasa Korea kat internet, dan berharap menang ticket concert 2PM Hands Up Asia Tour --'. 

Sebut pasal ber-twitter, seriously sekarang Facebook dah boring, aku sampai dah malas nak buka Facebook so aku sign up Twitter. Twitter? Quite interesting ahh! Dalam seminggu je aku dah tweet 100 kali. Adakah itu layak dibanggakan? Entah.


HIHI <3 
Follower aku ada 6 je. Kesah?
Pada aku, aku suka background Twitter aku. Lawa!
*Naik trolley tolak sendiri.

Bersentuh soal mengaji, sejak minggu lepas aku dah start turun surau bawah flat sebab nak pergi mengaji. InsyaAllah kalau tak ada apa aral melintang, masuk ni dah 3 kali aku khatam. Alhamdulillah.

Cuti persekolahan aku juga aku habiskan dengan mendengar lagu-lagu 2PM. Seriously, aku tak jemu-jemu dengar walaupun dah main 30 kali. 

Sekarang, aku juga sibuk belajar bahasa Korea. Sebab impian aku nak pergi Korea. Sekarang ni pun aku kerap tengok cerita Korea. Hihi <3


Korea <3

Dan last sekali, aku membazirkan masa aku dengan berharap dapat menang tiket concert 2PM Hands Up Asia Tour. Damn me! Kadang-kadang dengar lagu 2PM, pastu pejam mata terus mimpi aku kat Stadium Negara tonton concert 2PM. --'

EH? Minggu depan hari jadi aku lah! 

Bye!

Esok aku nak pergi ambil duit MYR100 kat sekolah dengan mak! Tak perlu bagitahu sebenarnya.

Hwang Chansung

359504135_large


Friday, November 11, 2011

Kuikuikui :'>


HIHI :]