Thursday, December 2, 2010

December 02

Okayy Wi-Fi KPK-F11-3 ! Stay ! Jangan nak gedik gedik disconnected !
Sila jadi anak yang baik ye !
Kau dah lah lembab sret ~ sret~
Macam siput babi -.-''
Lepastu, nak hilang hilang pula
Itulah sahaja nasihat pengguna Wi-Fi kepada Wi-Fi SB *siput babi


Hari ini, macam yang aku cakap semalam
Akan ke Thailand
Dan kini berada di Thailand dengan bahagianya ^^


Apa yang telah berlaku hari ini ?


  • Kena kejar
  • Lori terbalik
  • Makan
  • Sampai Thailand

Kena kejar
- Haih ! Malu betul nak cerita, terpaksalah cerita. Time pagi pagi, ayah aku dah turun bawah dah sebab nak susun bag dekat bonet. Lepastu, time nak turun tangga untuk menghantar beg, aku ternampak 4 ekor kucing macam nak gaduh dohh dekat tangga ! Aku apa lagi, patah balik ahh ! Time nak patah balik tu, 4 ekor kucing tadi, bising gila sebab dorang gaduh ! Takkanlah aku nak stay situ jadi refree kot ?! Of course ah lari. Nasib baik aku laju, kalau tak, aku pun turut serta lari sampai blok sebelah ! Nasib baik depan rumah, aku masuk rumah sambil tecungap cungap.

Aku : Seri ! Cepat tutup pintu ! Kucing gaduh !
Seri : *pergi tutup pintu* *4 ekor kucing lari* oi babi ! *melatah*
Aku : Gasping for air :O
Seri : ...


Lori Terbalik
- Time dalam perjalanan, ada sebuah lori terbalik. Besar ! tak tahu lori apa, nak tangkap gambar, tapi tak sempat. Lepastu ada satu lagi lori terbalik, tapi kecil je ahh lori tu, tapi cone bukan main, macam kapal selam pula accident. Banyak gila cone -.-''


Makan
- Dah sampai Bukit Merah, kitaorang singgah dekat R&R Bukit Merah. Family aku semua makan wantan mee. Sedap wehh ! Cair tahi hidung ! :D


Sampai Thailand
- Sampai Thailand, entah tak tahu pukul berapa sampai. Cop passport, check-in hotel, then pergi Padang Besar sebab nak jalan jalan :). Time dalam perjalanan nak pergi Padang Besar, ada sebuah lori yang dipenuhi babi lalu sebelah kereta aku. HAHA, ayah aku kata, nasib baik kita tak jalan belakang dia, kalau tak nanti 'mereka' kencing, tak pasal pasal kena dekat kereta kita. Nanti kena samak pula kereta. Lepastu, ada lori berlanggar pula dekat tengah tengah jalan, betul betul depan mata. Gambar ada, malas ahh nak upload, nanti aku edit balik post ni, aku letak gambar :D. Dah sampai, pergi beli beg & seluar jeans lepastu balik...




Then, dah balik dari Padang Besar, kitaorang pergi makan dekat kedai yang aku tak pernah nampak, tengok tengok tiba tiba ada. baru buka lah kott :D


Haha, nasib baik line Wi-Fi elok, takut lah tu :p

0 comments:

Post a Comment